generic viagra

Rasmi Jeanne Abdullah Bakal Isteri Pak Lah

Wednesday, June 6, 2007 22:23
Posted in category Melayu Boleh, Politik Melayu

Sebelum ini tersebar khabar angin menyatakan Pak Lah akan berkahwin lagi. Dalam diam-diam ubi berisi Pak Lah mengejutkan negara dengan pengumuman rasmi beliau mengenai majlis akad nikah Pak Lah dengan pilihan hatinya Jeanne (Danker) Abdullah akan berlangsung Sabtu ini bersamaan 9 Jun 2007.

Jeanne (Danker) Abdullah bakal isteri Pak Lah Pak Lah kahwin lagi

Kenyataan rasmi tersebut menyebut:

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN
MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA MENTERI

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’  Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 danmerupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia, kami disini tumpang gembira dan moga Pak Lah dan Jeanne berbahagian sampai akhir hayat.

Amin.

Bookmark dan kongsi topik ini:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netscape
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • Technorati
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Live
  • MySpace
  • Propeller
Tags: Abdullah Ahmad Badawi, Jeanne (Danker) Abdullah, Jeanne Abdullah, Pak Lah, Perdana Menteri

Related posts

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Rasmi Jeanne Abdullah Bakal Isteri Pak Lah”

  1. fazly says:

    March 14th, 2008 at 1:00 am

  2. gcgywar says:

    September 22nd, 2009 at 2:50 pm

    yrtojhw- Thank you,gcgywar.Great site.

  3. nfyxlct says:

    September 23rd, 2009 at 4:05 am

    fizspok- Thank you,nfyxlct.Great site.

Leave a Reply