Dunia melayu sekarang dah berubah. Kini adalah zaman melayu baru. Melayu sememangnya boleh.
Bak kata Laksamana Melaka kita, Hang Tuah:
“Melayu takkan hilang di dunia”
Selagi melayu wujud, selagi itulah melayu bisa mendapatkan apa yang melayu impikan.
Apa lagi bahan sejarah yang perlu kita bentangkan untuk membuktikan kepahlawanan dan keunggulan bangsa melayu?
Apa yang bangsa lain boleh buat, melayu juga boleh buat. Melayu juga spesies homo sapiens. Juga asas kejadiannya dari tanah. Semua sama dan serupa, tiada perbezaan antara kita. Melayu adalah bersaudara dengan semua bangsa.
Kita dah belajar sejarah ketuanan melayu di tanah melayu. Belum masuk di tanah sumatera, jawa, sulawesi, borneo dsb. Bagaimana hebatnya melayu hinggakan China yang merupakan negara gergasi tatkala dahulu tabik dengan bangsa ini.
Sejarah baru juga telah terpahat dengan rekod-rekod baru yang melayu sudah buktikan.
Melayu boleh belayar secara solo mengelilingi dunia. Marco Polo dan Christopher Columbus pun belum tentu berani belayar solo, apatah lagi nak keliling dunia.
Bangsa Melayu telah membuktikan bahawa kita boleh berenang secara solo di Selat Inggeris.
Budak melayu berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia, Everest.
Awek melayu boleh buktikan kepada balak melayu lain boleh menjelajah Antartika di kutub selatan.
Nah, berlambak lagi rekod dunia yang kini telah menjadi lipatan sejarah dalam dunia melayu.
Jadi, melayu bangsaku!
Bangun dan terus maju. Kita bukan tertinggal, tetapi kita adalah gergasi mengantuk yang maju ke depan!
Buktikan melayu boleh!
Tags: Awek Melayu Boleh, bangsa melayu, ketuanan melayu, malaysia, melayu, Melayu Boleh, melayuboleh, sejarah melayu












balai melayu on March 25, 2007
kamibaru saja melauncurkan website baru tentang dunia Melayu.
silakan buka dan berikan komentar,serta dapatkan berita/info tentang dunia melayu.
http://www.melayuonline.com
wan ikram on April 11, 2007
i want see a clip
dsvcfsd on April 17, 2007
sxascxassxax
roslan muhammad on April 18, 2007
oooooooooooooookkkkkkkkkkkkkkkkk le tu